Semalam kat berita heboh makcik2 kat tmpt aku keja bersorak2 dengar harga barang dekat kedai ni murah gila dari kedai biasa. berita kul 8 ada menyiarkan tentang pelancaran pasar mini tersebut di stesen LRT Kelana Jaya
Well info mengenai kedai ni:
- first pasar mini 1 malaysia kat malaysia nieh
- diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (sng citer tauke Mydin nyer cawangan la)
- menjual barang2 harian tanpa brand tertentu
- harga barang kt pasar mini ni separuh harga dari kedai2 biasa.. so pasni Econsave, Tesco, Giant, Jusco, Billion and The Store kompom tak laku jual barang2 runcit nieh.haha
- harga2 barang yang telah diketahui setakat ni:
- RM20.50 bagi pek biasa lampin pakai buang bayi (berjenama: RM40)
- RM 2.99 bagi setin sardin 420g (berjenama: RM6.10)
- RM6.80 bagi sebotol kordial (berjenama: RM9.90)
- RM2.05 bagi setin krimer (berjenama: RM2.80)
|
PM meninjau harga barang2 di kedai runcit tersebut |
|
tgk..PM pon nak beli brg kat sini sbb MURAH |
|
ramainyer makcik makcik nak beli barang |
No comments:
Post a Comment